Thursday, December 24, 2009

After 4 Month!!!

OMG!!...

Gua tinggalkan blog nih selama 4 bulan. Kalau la blog ini merupakan sebuah rumah,pasti ianya dipenuhi semak samun,sawang labah-labah,silap-silap kalu tak lock mahu pula mat-mat pitt lepak hisap ganja di sini. Paling tidak pun mungkin akan ada manusia bermasalah seksual bersama pasangan seksual mereka melakukan perbuatan terkutuk di sini.

Alhamdulillah ini hanya sebuah blog,bukan sebuah rumah kosong..so ...tiada efek sangat..melainkan kutukan keji rakan-rakan " Lu punyer blog macam rumah kosong"....(T_T)

Tiada apa nak dibincangkan sebenarnya..melainkan memerhati manusia dengan kehidupan mereka..macam itu juga gua dengan kehidupan gua.Yepp..gua masih di company sama. Jangan cakap soal nak blah memang banyak kalikeluar rasa nak blah tapi ntah kenapa masih lekat di sini. Bos gua pasang jampi kot.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang makin ramai masuk Kelab Para Suami....gua dengan beberapa yang lain masih menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam Kelab Bujang Terang Bederang.

Gua masih kagum dengan mereka-mereka yang mampu menulis blog selang 2 jam sehari.1 point is..." hangpa tadak keja ka kat opis??"

Ini cuma bebelan biasa..kepada yg singgah maaf ya tiada gula-gula disediakan.Anda hanya singgah dengan tangan kosong sahaja akhir nanti.