Monday, March 29, 2010

Kononya ke Pesta Buku



Aura semangat bagai Shrek nak melamar Fiona gua benamkan di dada.

Berputar ligat mahu menyunting 'Skecthing Interior' buku hasilan seorang Japs designer.

Maybank disula kad melahirkan RM 300. . . .sebagai hantaran

Bun dan Faiz sebagai pengiring rombongan.

...........................................................................

2 jam pusing PWTC masih belum jumpa pilihan hati

Pasrah...nekad mahu ke KLCC...at least Kinokuniya punyai bunga berseri.

Pengapit di bawa tetap di sisi.

Beserta syaitan di belakang telinga kiri . . . . .menghembuskan bisikan duniawi

Nah kau!!..haluan di ubah ke Lowyat Plaza...

Meraba-raba setiap External Hardisk yang ada...

Terlanjur...di tangkap basah ....disatukan segera....

Gua lafazkan ' Ku terima nikah nya .... Buffolo HD-PXU2 Shockproof Portable Hardrive dengan mas kawinnya RM 225 tunai!!!!!'

Yang putih pilihan hati..suci ....dan dara...

P/S - dah la Sabtu gua burn ke OU...Ahad plak burn gak..plus Kenny Rogers . . . .derma kilat !!! lekas!!

Friday, March 26, 2010

Malas dan alasan-alasan yang lain




Serius aku sibuk sikit minggu nih
- branding manual
- company profile
- vector office new floor plan
- etc

dan aku malas ...yg ini aku tipu sebab aku rajin kan?...gampang ayat nih.

Saje tak nak post baru..aku saja nak letak last entry tu lama-lama. . . .

Childish lah kalo terus delete friendlist dalam fb. . . .sorry gua takkan add balik.

Mulut aku lancang . . kalo kena tempatnya...nah . . ihklas aku beri...

Check belakang kau...dah byk kesan tikam?...belakang aku dah robek2.. . . belakang kamu lagi teruk mungkin...siap dengan kahak dan liur busuk akibat orang mengata kamu...

serius...

dah..emo lagi...minggu nih nak cari buku + carnalito aktiviti...

p/s - malas sial

Monday, March 15, 2010

Itu Hasil 3 Tahun Kamu?




" Sampah..kalo aku renyuk-renyukkan pun ada designnya ....functionnya pulak..erk yg dia eja 'founction'....adalah sebagai barang yang sudah dipakai dan perlu dibuang..tak gitu?.." Misbun

- kamu tahu style dan 'founction' saja?....

- kerana itu kamu jangan lancang mengatakan aku suatu ketika dulu..percaya pada hukum Tuhan bukan?....

- masih dengan aktiviti menggosok punggung?...

- sama saja kelompok kamu

p/s : biatch!!....dulu aku diam sahaja bukan?...

Saturday, March 6, 2010

Kerja Charity


Gua ingin menderma sebahagian besar tayar dan rubber pad di body gagah gua untuk sesiapa yang memerlukan.

Tak perlu susah-susah minum 'fat gain' product.

Kerja charity bukan?

Gua akan bertanding dengan brader di atas dalam merebut tahta 'sexiest man on erath'

p/s : dalam banyak-banyak medical checkup yang gua pernah pegi. Semalam punya paling ngeri. Jangan ajak gua makan beef stick lagi.