Monday, January 19, 2009

kenapa Coffee + Music + Work?


Entri ini sekadar suke2 utk beri detail walopun blom tentu anda sggup skrol dr atas ke bawah semata-mata utk baca bebelan saya ini.

Coffee + music + work merupakan aktiviti biasa yg dilakukan oleh sebilangan besar manusia yang suka menikmati pagi ( kalo anda blom cuba bole mula skang)...tak kisah coffee ke..milo ke...ovaltine ke...tongkat ali ke..kacip fatimah ke dan yg seangkatan dengannya asalkan tidak melibatkan benda2 yg haram ataupon yg mampu membuatkan anda terpesong jauh serta mampu membuatkan driver lori balak merempuh anda ketika anda drunk.

Berbalik kpd topik,saya percaya sebilangan besar dari anda juga suka meraba-raba keyboard serta menggesek2 mouse sambil menghirup apa jua minuman waktu pagi yg sesusai dgn tekak anda.Ye..kebanyakkannya akan mula membaca huruf2 di screen LCD anda ( kpd yg masih pakai CRT,tak kisah sbb anda seorg yg suka berjimat,saya kagum dgn anda ) sebagai penyejuk halwa fikiran dan penambah pengetahuan anda.Owhh yaa..tak lupa kepada music yg mnjadi teman hidup anda sekian lama.Dangdut..rock...grunge...dan segala sedara mara jenis music mnjadi santapan gegendang telinga anda.Sekiranya anda dlm waktu bekerja,pastinya anda masih melakukan kerja anda sambil memasukkan 2 elemen yg dinyatakan seperti entri di atas.Alasan anda mungkin :-

1) ilham
2) best
3) layan
dan sebagainya ...(saya tak dapat berfikir secara mendalam sbb waktu entri ini ditulis matahari tepat atas kepala menyedut buah fikiran..hehehe..ini juga alasan)

So..selamat menghirup,melayan music dan melakukan kerja..tak kisah la layan blog ke,menaip ke,chatting ke..ia masih dalam kategori KERJA yg bermaksud melakukan sesuatu perbuatan.
-sekian-

*maaf saya bukan penulis cilik berbakat

No comments:

Post a Comment

kata-kata penghadam saraf otak